Trending

Bantu masyarakat secara sukarela

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Kolej Sri Rajang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Kelab Pemadam UPMKB dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kelawit, Tatau, menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UPMKB @ SK Kelawit. 

Program CSR bertemakan From University to Community itu telah dirasmikan oleh pengetua merangkap Ketua Hal Ehwal Pelajar UPMKB, Dr. Kamil Latif mewakili Pengarah UPMKB Prof Dr Shahrul Razid Sarbini. 

Dalam ucapannya, Dr Kamil berkata objektif program CSR ini diadakan adalah untuk mewujudkan rasa kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar UPMKB bagi membantu masyarakat setempat secara sukarela.

Beliau berkata, jalinan kolaborasi antara Kolej Sri Rajang bersama Kelab Pemadam UPMKB dalam menjayakan program ini adalah bagi memperkasakan peranan mahasiswa serta memperkenalkan gaya hidup penuh erti kepada komuniti dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah serta dapat mengelakkan penglibatan pelajar kepada gejala yang tidak sihat seperti dadah.

Selain itu katanya, program ini bertujuan untuk memberi penerangan dan berkongsi ilmu pengetahuan tentang penggunaan dan perkembangan sains dan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian di samping beramah mesra bersama warga SK Kelawit, Tatau.

Beliau berharap usaha murni ini dapat memberikan persekitaran sekolah yang selesa dan kondusif kepada komuniti pelajar setempat khususnya dalam kalangan SK Kelawit.

Antara pengisian aktiviti sepanjang program berlangsung termasuklah aktiviti mural, mengecat pembahagi jalan dan sudut Pembelajaran, mengecat gelanggang sepak takraw serta perkongsian ilmu (Ceramah Ibubapa dan Sesi “Let’s Play and Learn!”).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru