Bantu penduduk Long Singut dapatkan dokumen pengenalan diri

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr. James Jemut Masing bimbang terhadap sebahagian besar daripada 729 penduduk Long Singut tidak memiliki dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia.

Beliau menjelaskan, penduduk Long Singut merupakan generasi kedua dan ketiga yang keturunannya berhijrah dari Kalimantan pada awal 1960-an.

Dengan itu, beliau akan membantu penduduk Long Singut mendapatkan dokumen pengenalan diri.

“Anak-anak mereka tidak dapat menyambung pelajaran selepas Tingkatan 5 walaupun mereka memperoleh keputusan yang baik.

“Golongan dewasa juga tidak dapat mencari pekerjaan kerana mereka tidak mempunyai kad pengenalan diri,” katanya.

…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 9 April 2021

 

Suara Sarawak