ARTIKEL

Bantu pengguna Sarawak hadapi cabaran ekonomi – Kho Teck Kwan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Majlis Tindakan Pengguna (MTPN) Sarawak dan Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia (YMLM) Sarawak diharap dapat terus membantu pengguna di negeri ini khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi.

Setiausaha Politik kepada Premier, Kho Teck Kwan berkata, perkara tersebut penting susulan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus.

Katanya, hak pengguna bukan sahaja menjadi keutamaan agensi atau pertubuhan seperti ini tetapi juga keutamaan kerajaan.

“Justeru, saya berharap agar MTPN dan YMLM Sarawak akan dapat melaksanakan apa sahaja usaha dalam bidang kuasanya untuk membantu pengguna kita.

“Saya percaya, apa sahaja yang anda laksanakan akan membantu melengkapkan lagi usaha kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sekali gus mewakili Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyempurnakan Majlis Makan Malam Kebudayaan Tahun Baharu Cina 2024 dan Amal Perpaduan di Grand Riverine, di sini, malam tadi.

SIMBOLIK… Kho (tiga kanan) merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat selepas menyempurnakan simbolik perasmian.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan