ARTIKEL

Bantu peniaga, usahawan bertahan dalam perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Penganjuran Festival Makanan Mukah (MFF) 2023 membantu peniaga dan usahawan kecil untuk terus bertahan dalam bidang perniagaan selepas pandemik COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata, MFF yang berlangsung bermula 27 Oktober sehingga 12 November ini sememangnya memberi keuntungan kepada peniaga dan usahawan kecil.
“Dalam tempoh penganjuran selama dua minggu lebih ini tentunya ia memberi keuntungan lebih berbanding hari biasa kepada mereka.

“Ini kerana, kuasa beli rakyat masih ada seperti biasa walaupun keadaan ekonomi tidak begitu stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Penyerahan Baucar Pakaian Seragam Sekolah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian, di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Mukah, di sini, semalam.
Ujarnya, walaupun ekonomi semasa meningkat, tetapi kegiatan ekonomi di kawasan ini masih giat dijalankan dan rakyat berbelanja seperti biasa.

Sehubungan itu, beliau turut menyentuh mengenai cadangan gaji penjawat awam yang akan dinaikkan.
“Ini merupakan satu cadangan yang sangat baik kerana jika melihat prestasi kemajuan sesebuah negara, ia dipengaruhi oleh gaji pekerja.
“Bukan itu sahaja, ia perlu dilakukan kerana keadaan ekonomi pada masa kini sangat mencabar,” tambahnya.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan