ARTIKEL

Bantu penternak luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Kerajaan Sarawak sedang memperluaskan projek penternakan di seluruh negeri sebagai usaha membantu penternak luar bandar meningkatkan pengeluaran dan menambah pendapatan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, peruntukan sebanyak RM265 juta disediakan di bawah Tabung Pemudahcaraan Pertanian (AFF) untuk melaksanakan program dipanggil Program Pemudahcaraan Pertanian ini.

“Potensi dalam bidang penternakan baik untuk menjana pendapatan kerana ada pasaran yang besar di dalam dan luar negeri,” katanya ketika ditemu bual selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Input Projek Ternakan dan Pertanian di Kampung Pichin, di sini Rabu.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata, tahun lepas Sarawak telah mengeksport beberapa komoditi ternakan dan hasil ternakan bernilai lebih RM165 juta iaitu khinzir hidup dan daging khinzir ke Singapura, telur ayam ke Hong Kong, Maldives, Indonesia dan Brunei, daging ayam ke Indonesia dan Semenanjung, anak ayam ke Brunei dan sarang burung walit ke Hong Kong, China dan Taiwan.

Katanya, ini menunjukkan Sarawak mempunyai potensi sangat baik untuk mengeluarkan ternakan serta hasil ternakan untuk dieksport.

Jelasnya, ini disebabkan Sarawak mempunyai kelebihan iaitu bebas daripada penyakit ternakan yang berkepentingan ekonomi seperti Penyakit Kuku dan Mulut (FMD), African Swine Fever (ASF) dan Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI).

“Ini membolehkan kita mengeksport ternakan atau hasil ternakan ke luar negeri tanpa sekatan,” katanya lagi.

Sementara, Majlis Penyerahan Input Projek Ternakan dan Pertanian di Kampung Pichin melibatkan 182 peserta dengan pelbagai jenis projek pertanian dan penternakan, yang menelan peruntukan lebih RM1.3 juta.

Projek penternakan seperti ternakan khinzir, ayam pedaging, ayam kacukan, itik pedaging, itik penelur, kambing, lembu dan burung walit.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi yang juga Adun Tebedu Datuk Seri Michael Manyin Jawong, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Roland Sagah Wee Inn; Adun Kedup Martin Ben; Adun Bukit Semuja John Ilus; Pengarah Veterinar Sarawak Dr Adrian Susin dan Pengarah Pertanian Sarawak Dr Alvin Chai turut hadir.

BERITA LAIN

Sikap toleransi kunci perpaduan Sarawak

BALAI RINGIN: Sikap toleransi yang diamalkan oleh penduduk Sarawak merupakan kunci kepada perpaduan wilayah ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU

Ujian Hidup Bella Astillah

PELAKON Bella Astillah baru-baru ini meluahkan rasa kesal selepas perceraian keduanya dengan penyanyi Aliff Aziz. Perceraian ini berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, menjadi

Hayati falsafah korban

HARI ini 10 Zulhijah 1445 Hijrah, umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ia sangat sinonim dengan ibadah