ARTIKEL

Bantu persiapkan Missclyen ke alam persekolahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu membuat persediaan untuk persekolahan kanak-kanak yang mengalami Sindrom Werewolf menyebabkan mukanya ditumbuhi bulu yang lebat, Missclyen Roland.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata ia khususnya untuk membiasakan orang sekeliling dengan keadaan Missclyen, yang kini berusia dua tahun.

“Apabila dia memasuki sekolah nanti, komuniti sekolah itu lebih-lebih lagi murid-murid harus membiasakan diri dengan keadaan Missclyen.

“Jadi proses ini perlu dilalui dan akan memakan masa dalam sepanjang umur persekolahannya, dengan kita mahu orang di sekeliling Missclyen dapat terima dia dalam keadaan begitu dan bersekolah seperti kanak-kanak biasa.

“Ini kerana kita mahu memastikan dia menikmati hak seperti kanak-kanak lain iaitu untuk mendapat pendidikan, perlindungan dan penjagaan kesihatan,” katanya ketika ditemui semasa melawat Missclyen di Kampung Penan Muslim Batu 10 Jalan Bintulu-Miri, hari ini.

Dalam pada itu, Fatimah berkata telah meminta JKM untuk melihat semula bantuan yang boleh disalur kepada keluarga kanak-kanak berkenaan.

Menurutnya, setakat ini Missclyen sudah mendapat bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU) termasuk bantuan bagi penjagaan kanak-kanak, yang turut diberikan kepada empat adik-beradiknya.

“Sebelum ini mereka menerima bantuan am, jadi boleh ditukar kepada skim bantuan kanak-kanak,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata bantuan rawatan kesihatan juga akan diberikan kepada Missclyen kerana dia sering demam dan kerap pergi ke hospital serta klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Fatimah menyampaikan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana Missclyen sebagai anak angkat, dengan akan memberikan perbelanjaan bagi penggunaan persekolahan serta menanggung perbelanjaan perubatan.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kerana kasih dan sayang kepada rakyat memang tidak berbelah bahagi.

“Tidak kira di mana individu itu berada, kasih sayang mereka merentasi benua dan kami amat menjunjung kasih kepada baginda,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,