ARTIKEL

Dafinah Ahmed Hilmi

Bantu PKS dalam perniagaan halal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Hong Leong Islamic Bank (HLISB) memperkenalkan penyelesaian perbankan Islam bersepadu, BizHalal, yang bertujuan membantu perniagaan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menceburi ekonomi halal.

BizHalal adalah selaras dengan penekanan kerajaan untuk bank mengembangkan ekosistem halal di Malaysia.

Menerusi BizHalal, HLISB menawarkan pembiayaan patuh syariah kepada perniagaan yang dilengkapi dengan nasihat dan bimbingan daripada pakar industri halal bank.

Tawaran inovatif dan holistik itu dilancarkan pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara HLISB dengan Halal Development Corporation Bhd (HDC) di Sofitel Damansara di sini.

Secara rasmi, bank itu dilantik sebagai rakan kongsi bersama HDC dalam mempromosikan serta membangunkan industri halal tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Dafinah Ahmed Hilmi, berkata industri halal dikenal pasti sebagai antara segmen pertumbuhan utama bagi HLISB sejak 2018.

Justeru bank itu komited untuk merangsang sektor halal dengan memperjuangkan pertumbuhan PKS halal tempatan dan memberi jaminan ke arah pemberian pembiayaan halal melalui HDC.

“Kami melihat potensi yang besar dalam industri halal, selain menambah pakar-pakar halal dalam pasukan kami pada 2023 yang bertujuan mengukuhkan kepakaran kami.

Baca lain  Kes rusuhan kediaman Batu Kawa, seorang ditahan yang lain masih diburu

“Membangunkan BizHalal sebagai pakej nasihat dan pembiayaan yang inklusif adalah bukti komitmen kami untuk memupuk pertumbuhan dan kejayaan perniagaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dafinah berkata selaras dengan komitmen HLISB untuk berpusatkan keperluan pelanggan, BizHalal bukan sahaja menyediakan peluang pembiayaan tetapi juga menawarkan sokongan khidmat nasihat halal yang direka khusus berasaskan keperluan pelanggan masing-masing.

Berdasarkan analisis HDC, permintaan dalam segmen halal global mencecah hampir AS$3 trilion pada 2020, yang menandakan kepentingan ekonomi halal dalam pasaran global, katanya.

“Dengan industri halal Malaysia diunjurkan berkembang sehingga AS$3 trilion dan jangkaan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 melalui Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030), ia juga menekankan keperluan untuk meningkatkan bekalan dan pelaburan ke dalam ruang halal domestik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun, berkata daripada 10,000 syarikat mendapat pengiktirafan halal di Malaysia, sekitar 2,000 adalah daripada pihak pengeksport manakala PKS hanya menyumbang sekitar 10 peratus daripada jumlah nilai eksport halal.

Baca lain  Pertanian nadi ekonomi

“Terdapat jurang besar sebanyak 80 peratus antara permintaan dengan penawaran dalam pasaran halal, yang membuktikan keperluan negara untuk menjalin kolaborasi dengan pemain industri utama seperti HLISB dan mewujudkan pemimpin halal tempatan yang menyuntik idea dan menceburi bidang baharu dalam ekosistem halal.

“Kami juga komited untuk meningkatkan ekonomi dengan memanfaatkan penyelesaian digital seperti Halal Integrated Platform (HIP), platform digital komprehensif yang memastikan pemprosesan yang cekap dan lancar untuk memantau dan mengurus keseluruhan perjalanan permohonan halal daripada proses pendaftaran hingga ke peringkat kelulusan,” katanya.

Beliau berkata HDC berharap dapat memacu kemajuan ekosistem halal bersepadu dan inklusif di Malaysia, secara langsung berperanan memperkasakan perusahaan negara. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU