ARTIKEL

CENDERAHATI… Ellis Suriyati (dua kiri) menyampaikan cederahati kepada Rahman (dua kanan) pada program penyampaian sumbangan sempena Chap Goh Mei di Lions Nursing Home, di sini, hari ini.

Bantu pusat jagaan warga emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Pengerusi Timuran Kembangan Sdn Bhd Datuk Rahman Lariwoo berkata, perkara tersebut penting dalam membantu menyediakan keperluan sekali gus dapat meringankan beban pusat jagaan sedemikian.

RAKAMAN KENANGAN… Para tetamu kehormat merakam gambar kenangan bersama-sama.

“Justeru, saya sangat menggalakkan agar syarikat lain atau syarikat besar di luar sana untuk bersama memberikan sumbangan kepada Lions Nursing Home ini.

“Usaha sedemikian merupakan satu contoh yang baik kepada negeri ini khususnya melibatkan bantuan kepada komuniti,” katanya pada program penyampaian sumbangan Tahun Baharu Cina (TBC) sempena Chap Goh Mei di Lions Nursing Home, di sini, hari ini.

Program yang dimulakan CanHope Kuching itu telah mendapat tajaan Timuran Kembangan Sdn Bhd, Junior Chamber International (JCI) Batu Kawa dan Atas Sepakat Recycle Centre dengan kerjasama Persatuan Foochow Padawan Kuching serta Lions Club of Kuching (LCK) Allamanda.

Ia juga menyaksikan penaja telah menyumbang pelbagai barangan termasuk keperluan harian seperti beras, sabun pencuci dan ang pau.

Baca lain  Jarak perjalanan Jalan Merdeka ke Jalan Astana kini hanya satu minit

Sementara, Pengerusi Lion Nursing Home Datin Ellis Suriyati Omar memberitahu mereka sangat berterima kasih kepada pelbagai pihak yang sudah banyak membantu rumah jagaan tersebut sejak awal penubuhannya pada 1992 sehingga kini.

“Sumbangan tesebut bukan sahaja dapat meringankan beban perbelanjaan kami tetapi juga dapat memberi kebahagiaan dan keceriaan semasa perayaan termasuk TBC serta Hari Raya,” jelasnya.

Hadir sama wakil Pengasas Timuran Kembangan Sdn Bhd, Angela Liew Mei Lan; Pengerusi Persatuan Foochow Padawan Kuching Nancy Lau; serta wakil yang lain.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Tunku Abu Bakar optimis naik podium lagi

SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim optimis pasukannya Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR) mampu sekali lagi menaiki podium pada GT World Challenge Asia

Jong-Ho dikagumi

Persembahan memukau kumpulan K-Pop Ateez masih menjadi bualan warganet setelah mempersembahkan koreografi dinamik dan kreatif, baru-baru ini. Choi Jong-ho ialah ahli termuda yang berjaya menyemarakkan