Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Bantu rakyat balik sambut Krismas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Fazzrudin Abdul Rahman

KUCHING: Syarikat penerbangan digesa turut mengurangkan tambang penerbangan bagi membantu rakyat yang hendak balik ke Sarawak untuk mengundi serta menyambut Krismas.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman berkata, ia bagi membolehkan rakyat pulang ke negeri ini dan menggalakkan pelancong melawat Sarawak, sekali gus menyokong sektor pelancongan negeri.

“Kami berharap dengan peningkatan kekerapan penerbangan, ia akan membawa kepada penurunan harga tiket penerbangan. “Ini juga akan memastikan peratusan keluar mengundi maksimum semasa Pilihan Raya Negeri (PRN-12) dan membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.

Beliau mengulas rungutan rakyat mengenai harga tiket ke Sarawak yang mahal serta pengumuman Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin bahawa penerbangan ke Sarawak akan ditambah daripada 223 kepada 307 setiap minggu, mulai 11 Disember ini.

“Kami Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk meluluskan penambahan penerbangan ke Sarawak.

“Keputusan ini bertepatan dengan permintaan orang ramai yang mahu kembali ke negeri ini bulan depan untuk mengundi pada PRN-12 serta bercuti. “Ini bukti GPS adalah kerajaan yang bertanggungjawab, mendengar keluhan rakyat terutama apabila menjelang hari pengundian,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu menasihati semua rakyat Sarawak yang pulang serta pelancong yang datang supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Ini penting kerana kami mahu memastikan keselamatan semua orang sepanjang tempoh pergerakan yang tinggi di Sarawak serta mengehadkan kemungkinan penularan Covid-19.

“Walaupun kes menurun di Sarawak, ini tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita leka kerana peningkatan semula akan memberi kesan buruk kepada rakyat,” tegasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru