Trending

Bantu sedia peruntukan naik taraf rumah panjang di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan membantu menyediakan peruntukan bagi tujuan menaik taraf rumah-rumah panjang di seluruh Sarawak.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia bagi memastikan masyarakat luar bandar menikmati kehidupan yang selesa sama seperti penduduk di bandar.
 
“Saya akan mencari jalan untuk membantu menaik taraf dan memberikan peruntukan kepada rumah-rumah panjang yang lain di Sarawak.

“Saya juga yakin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan akan meluluskan permohonan sekiranya Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memohon dan saya memberikan sokongan bagi tujuan tersebut, khususnya bagi rumah-rumah panjang di kawasan Kapit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kapit, Alexander Nanta di Rumah Panjang Richard Engking, Kapit, hari ini.

Dalam majlis yang sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah meluluskan peruntukan sejumlah RM1.3 juta untuk menaik taraf kemudahan di Rumah Panjang Richard Engking itu.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru