Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Bantu semua barisan hadapan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sebanyak 100 bungkusan makanan dan 20 kotak air minuman diagihkan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Umum Sarawak (SGH).

Sumbangan di PPV Kozi Square itu turut menyalurkan bantuan berbentuk peralatan pejabat dan bantuan peralatan khas.

Pengurus Besar TBS, Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, inisiatif sumbangan tersebut bagi membantu kelancaran pelaksanaan vaksinasi di SGH.

“Kita semua sedia maklum PPV ini begitu aktif dalam seminggu ini bagi membantu pihak kerajaan mempercepat proses pemvaksinan.

“Justeru itu, kita membantu pihak Kozi Square ini dengan beberapa keperluan yang boleh memudahkan mereka untuk menjalankan kerja yang murni ini.

“Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di PPV Hospital Umum Sarawak yang bertempat di Kozi Square, semalam.

Mengulas mengenai sumbangan yang diagihkan, beliau menambah bukan PPV ini sahaja yang menerima sumbangan, TBS mula membantu dalam hal-hal yang berkaitan semenjak Covid-19 menular tahun lepas.

“Kita juga membantu semua petugas barisan hadapan sama ada di pusat kuarantin mahupun di Sekatan Jalan Raya (SJR) dan sebagainya,” kata Mohd Shibli.

Beliau mendedahkan, setakat 31 Mei lalu, sebanyak RM28.9 juta hasil kutipan zakat diagihkan kepada Asnaf yang berhak
melalui tiga program utamanya iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam dan Program Memantapkan Kebajikan Ummah.

“Manakala bagi pandemik Covid-19 ini, TBS menyediakan sejumlah RM12 juta sejak penularannya tahun lalu.

“Tahun ini saya yakin dan percaya, ia akan tetap dalam jumlah yang sama kerana kita akan bergerak untuk memastikan tiada yang tertinggal,” tambahnya lagi.

Jelas Mohd Shibli, program ini satu inisiatif TBS melalui prasarana Ummah Distribution Centre (UDC) dalam pengagihan Bantuan Makanan dan Bantuan Peralatan Khas kepada Pusat Pemberian Vaksin di SGH.

Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar, Bolhassan Iskandar Taibi; Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Umum Sarawak, Dr Hayati Jaafar dan Ketua Sektor Pembangunan dan Wakaf Abang Faisal Abang Marzuki.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru