Trending

Bantu tanpa mengira kaum

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Komuniti Bumiputera di sini dipuji kerana bermurah hati menderma kepada pihak Sekolah Menengah Persendirian Cina Citizen di Jalan Kong Yit Khim yang ranap terbakar bulan lalu.

Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Kaunselor Wong Ching Yong berkata, walaupun ia sekolah Cina, namun golongan Bumiputera tetap menderma.

“Inilah yang mencerminkan nilai-nilai kemurnian yang menjadi pegangan rakyat Sarawak. “Semuanya tanpa mengira kaum dan agama akan membantu meringankan beban yang dihadapi.

“Kami amat kagum dengan komuniti Bumiputera khususnya dari kawasan Salim yang mengetepikan soal perkauman dalam membantu kesusahan orang lain,” kata beliau.

Wong berkata demikian kepada media selepas melancarkan kempen ‘Satu Orang, RM1’ di Pusat Komersil Pasaraya Farley dan Pasaraya Sing Kwong di Jalan Salim di sini baru-baru ini.

Beliau melihat komuniti Bumiputera turut tidak mahu ketinggalan menderma yang menunjukkan ia adalah sikap keterbukaan.

“Pada mulanya sebelum melancarkan kempen ini di Jalan Salim, kami berfikir mungkin agak sukar melaksanakannya memandangkan kawasan ini didiami oleh golongan Bumiputera.

Begitu juga pusat komersialnya yang sering dikunjungi oleh komuniti tersebut.

“Tidak sangka sebaik sahaja kami bermula, mereka begitu bermurah hati dengan masing-masingnya menghulurkan derma kerana pergerakan kami dari SUPP Cawangan Dudong sudah diketahui umum bagi membantu sekolah tersebut,” katanya lagi.

Wong yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) berkata, tujuan dana ini adalah untuk membantu Sekolah Menengah Persendirian Cina Citizen untuk membina semula asrama sekolah yang musnah dalam kebakaran pada 23 Oktober lalu.

Beliau berkata, reaksi daripada orang ramai juga amat menggalakkan terutamanya sambutan daripada pelanggan Bumiputera yang murah hati dalam membantu sekolah tersebut.

Wong mengatakan bahawa beliau amat tersentuh dengan masyarakat Sarawak yang bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama ataupun isu demi membantu musibah yang dihadapi sekolah itu.

“Jumlah derma disumbangkan orang ramai dan pengusaha kedai di kedua-dua pusat komersial tersebut ialah RM2,160.99,” ujar beliau. Wong dan rombongannya mula melancarkan kempen derma di kawasan tersebut pada jam 8.30 pagi hingga 10 pagi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru