ARTIKEL

Bantuan kewangan diperlukan – PVATM Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) cawangan Miri sedang mencari bantuan kewangan bagi membantu ahlinya yang memerlukan akses kepada penjagaan kesihatan dan bantuan kebajikan.

Pengerusi PVATM Miri Nelus Nyelang berkata, persatuan tersebut kini mengalami kekurangan dari segi sokongan kewangan yang konsisten sehingga membantutkan usaha persatuan tersebut bagi menghulurkan bantuan kepada ahli yang memerlukan.

Nelus (tengah) bersama-sama dengan Leslie dan anggota PVATM yang lain semasa upacara pemotongan kek sempena Majlis Ulang Tahun ke-40 Penubuhan PVATM Miri.

“Kami mengalami masalah kekurangan pembiayaan kewangan sehingga kami sendiri terpaksa mengeluarkan sumber kewangan sendiri untuk menampung pelbagai perbelanjaan yang diperlukan.

“Ia termasuk pembayaran elaun petugas dan bagi membantu ahli veteran yang sakit, balu yang memerlukan bantuan dan pelbagai keperluan asas yang diperlukan oleh setiap ahli.

Dua unit kerusi roda yang disumbangkan oleh insan mulia kepada pihak PVATM bagi kegunaan anggota yang memerlukan.

“Selain itu, kami juga berdepan kesukaran mengurus dan menyelenggara pejabat persatuan di Piasau kerana pembiayaan kewangan yang tidak konsisten,” katanya ketika berucap pada Majlis Amal Makan Malam Ulang Tahun ke-40 Penubuhan PVATM Miri, di Hotel Dynasty, semalam.

Pada majlis tersebut, PVATM Miri telah menyampaikan bantuan kewangan kepada balu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah meninggal dunia akibat gugur dalam pertempuran menentang musuh, sakit tua dan pelbagai penyakit.

Sementara, persatuan itu juga telah menerima sumbangan dua unit kerusi roda yang disumbangkan oleh individu mulia yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Setakat ini, PVATM Miri mempunyai seramai 450 ahli berdaftar, dan kebanyakan mereka telah berkhidmat semasa pemberontakan Komunis Sarawak dan Konfrontasi Malaysia-Indonesia (1963-1966).

Wakil Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap penaung PVATM Miri Kr Leslie Lau, Pegawai Pemerintah Batalion ke-20 Kem Sri Miri Leftenan Kolonel Mohd Firdaus Mohd Yatim turut hadir.

LAIN-LAIN BERITA

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

BERITA TERBARU

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San