ARTIKEL

Bantuan khas kewangan ringankan beban penjawat awam – Jubilee

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pemberian bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji pokok mampu meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan penjawat awam, kata Pengerusi Cuepacs Negeri Sarawak Jubilee Jineh.

Menurutnya, langkah tersebut dipuji selari dengan peningkatan kos yang ditanggung oleh kakitangan kerajaan buat masa ini.

“Maka, saya ingin menyeru kepada semua penjawat awam di negeri ini agar terus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, telus dan bertanggungjawab.

“Dengan penuh integriti, kita mahu bersama-sama Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mencapai hasrat negeri maju menjelang tahun 2030,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pengumuman tersebut.

“Saya mewakili seluruh kakitangan awam negeri dan Persekutuan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana memberi bantuan kewangan dua bulan gaji pokok kepada kami,” katanya ringkas.

Sementara, penjawat awam negeri bakal menerima bantuan kewangan dua bulan gaji pokok, manakala kakitangan awam Persekutuan bakal menerima bantuan RM600 sebelum penghujung tahun ini.

Abang Johari ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini mendedahkan bahawa sebanyak RM172 juta dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

“Dianggarkan seramai 28,000 anggota perkhidmatan awam Sarawak akan menerima bantuan khas kewangan tersebut,” jelas Abang Johari.

LAIN-LAIN BERITA

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU