Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Bantuan makanan disalurkan kepada penduduk Kampung Sungai Ud Dalat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MUKAH: Bantuan Makanan akan disalurkan kepada penduduk Kampung Sungai Ud Dalat ekoran kawasan tersebut kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TMCO).
Menurut Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah Haslinda Suku, bantuan makanan itu akan diagihkan secara berperingkat seperti yang dimaklumkan oleh Jawantankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB)
“Kita kini sedang membuat persiapan dari segi barang makanan kering untuk disalurkan kepada penduduk yang terlibat dan sebahagian barang sudah dihantar ke Dalat hari ini,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak hari ini.
Haslinda menambah pihaknya turut dibantu Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bahagian Mukah dalam proses pembungkusan barang sebelum dihantar ke Daerah Dalat.
Dianggarkan lebih 5,400 bungkusan makanan akan diagihkan ke kawasan Dalar dan dapat menampung keperluan penduduk untuk tempoh dua minggu.

Manakala Residen Mukah, Hamdiah Bakir memaklumkan sejak Khamis, Sekatan Jalan Raya (SJR) dilakukan di lima lokasi di kawasan Dalat, maka bantuan amat diperlukan oleh penduduk di sana katanya.
Sehubungan itu ujarnya Jabatan Kesihatan kini sedang giat mengesan dan dan mendapatkan sampel daripada penduduk yang bergejala dengan melakukan Ujian Calitan RT-PCR.
Beliau turut berharap agar penduduk dapat memberi kerjasama dengan mematuhi TMCO dan memberi kerjasama dengan petugas kesihatan dalam mengesan kontak rapat individu yang telah disahkan positif Covid-19.
Berdasarkan statistik Kampung Sungai Ud mempunyai 240 buah pintu rumah dan 1332 orang penduduk, manakala Kampung Sungai Ud Hilir terdiri daripada 363 pintu rumah dan 1382 orang penduduk kampung.






E-Paper

21 Mac 2023

Latest News