ARTIKEL

Bantuan PRIHATIN kerajaan beri manfaat kepada rakyat – ADUN Tellian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) –GPS N.57 Tellian Yussibnosh Balo menyifatkan bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi Perihatin Rakyat (PRIHATIN) daripada Kerajaan yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri memberi manfaat yang sangat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia.

Saya mewakili penduduk di DUN N.57 Tellian ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan berasa sungguh berbangga setelah dapat memahami kehendak kerajaan disamping ingin melihat keseluruhan rakyat mendapat tempat dihati keperohatinan kerajaan Malaysia.

Menurut Yussibnosh yang dihubungi Suara Sarawak (SV) semalam berkata,

“saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas pengumuman YAB PM berkaitan dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Perihatin Rakyat (PRIHATIN).”

Katanya lagi, peruntukan untuk kebajikan rakyat merupakan peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM128 bilion.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan yang memerintah sekarang amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Hampir keseluruhan lapisan rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pakej rangsangan ini. Saya menyeru kepada rakan-rakan dan anggota masyarakat, patuhilah arahan PKP yang berkuatkuasa masa ini demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup kita semua.

“Selain daripada peruntukan kebajikan rakyat, pakej ini juga mengambilkira sokongan perniagaan sebanyak RM100 billion dan pengukuhan ekonomi negara RM2 billion di samping rancangan sebelumnya sebanyak RM20 bilion.

“Rakan-rakan kita yang bertugas di barisan hadapan dan sokongan juga diberi insentif sebagai menghargai sumbangan mereka dalam menangani Covid-19 terutamanya kakitangan kesihatan, ATM, PDRM, Kastam, Imigresen, pertahanan awam dan rela.

Sama-samalah kita mematuhi PKP ini untuk membantu mereka menjalankan tugas.

“Bukan sahaja kita perlu duduk di rumah, namun aspek kebersihan juga perlu dititikberatkan. Amalkan asas-asas kebersihan di rumah seperti yang digariskan oleh pihak kesihatan.

“Kita duduk di rumah juga mendapat upah dan peruntukan melalui peruntukan kebajikan rakyat.

“Hampir setiap orang rakyat diberi insentif untuk duduk di rumah melalui pemberian tunai seperti yang diumumkan mulai 1 April ini.

“Penjawat awam dan pesara selain daripada mereka yang bertugas juga akan mendapat RM500 one-off daripada kerajaan. Petani, nelayan, penternak, majikan, pemandu e-hailing dan lain-lain juga mendapat pembelaan oleh kerajaan melalui pakej rangsangan (PRIHATIN) ini.

“Akhir kata sekali lagi saya menyeru kepada semua agar mematuhi arahan PKP ini dengan menghadkan perjalanan masing-masing dan duduk di rumah.”,jelas beliau lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha