ARTIKEL

Bantuan RM350 juta sekolah daif tunggu kelulusan Parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEBEDU: Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Seri Michael Manyin Jawong memberitahu, pinjaman pendahuluan RM350 juta untuk membaiki sekolah daif di negeri ini kini di peringkat akhir perbincangan.

Menurutnya, pegawai daripada kementeriannya bertemu dengan pegawai Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan minggu lalu untuk menyelesaikan isu ini.

“Hasil perbincangan terbabit, beberapa perkara telah dimuktamadkan termasuk bayaran pinjaman pendahuluan RM350 juta.

“Saya berharap ia tepat pada masanya kerana perkara ini perlu dibawa ke Parlimen terlebih dahulu untuk diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah di SMK Tebedu di sini, semalam.

Manyin yang juga Adun Tebedu memberitahu, sekolah berpusat diberi keutamaan terlebih dahulu untuk mengguna pakai dana berjumlah RM350 juta itu.

“Maka, sekolah yang mempunyai kurang murid akan ditutup sebelum dialihkan ke sekolah berpusat.

Katanya, sekolah berpusat pertama di kawasan Tebedu ialah SK Kujang Mawang yang menyatukan murid SK Tesu, SK Gahat Mawang, SK Kujang Sain dan SK Daha.

“Hasil daripada dialog dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Tebedu, kita telah mencapai kata sepakat untuk memusatkan sekolah di SK Kujang Mawang.

Selain itu, dua lagi sekolah berpusat akan ditubuhkan di kawasan Betong.

“Kaedah memusatkan sekolah mampu menjimatkan kos baik pulih kerana terdapat beberapa sekolah hanya mempunyai lima atau sepuluh murid,” tambah Manyin lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu