ARTIKEL

RAKAMAN KENANGAN… Fatimah (duduk tengah) merakam gambar kenangan bersama-sama wakil yang lain dan mangsa kebakaran selepas Majlis Penyampaian Cek Bantuan Bencana Kepada Mangsa Kebakaran di Dewan Komuniti Kampung Haji Baki, di sini, semalam

Bantuan RM70,000 untuk mangsa kebakaran di Kampung Haji Baki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju memperuntukkan bantuan bina rumah dengan jumlah RM70,000 kepada empat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Haji Baki pada Mac lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, bantuan tersebut diberikan kepada mangsa yang kehilangan rumah secara total atau musnah 100 peratus susulan insiden itu.

Katanya, ia juga usaha penyelesaian jangka panjang yang dilaksanakan oleh kerajaan kerana memahami mangsa memerlukan tempat tinggal yang lebih selesa.

“Saya berasa bersyukur apabila menerima laporan bahawa perkara ini sedang diuruskan,
termasuk status tanah dan mengenal pasti di mana mereka hendak membina rumah sama ada di tapak lama, atau baharu.

“Justeru, kami berharap agar mangsa yang terlibat boleh memahami bahawa proses membina rumah ini akan memakan sedikit masa dan perkara ini juga sudah diterangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Cek Bantuan Bencana Kepada Mangsa Kebakaran di Dewan Komuniti Kampung Haji Baki, di sini, hari ini.

Baca lain  Sambutan Hari Raya Aidilfitri rentasi sempadan agama dan etnik, pupuk perpaduan - Uggah

Dalam pada itu, beliau menambah bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Datuk Lo Khere Chiang sudah berjumpa dengan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) untuk mendapatkan rumah sewa di Program Perumahan Rakyat (PPR) Landeh.

“Sewaan ini adalah sementara menunggu rumah siap dibina, kerajaan juga akan membantu dari segi subsidi sewa sebanyak RM200 dan mereka ini hanya akan membayar RM50 sahaja,” jelasnya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda