ARTIKEL

Petani Kamarul Ariffin Kamaradeen, 42, mengisi minyak diesel ke dalam tangki enjin pam air bagi mengepam air dari Sungai Nal untuk menyiram tanaman jagung dan tembikai ketika tinjauan di Kampung Kuala Nal, Kuala Krai hari ini. Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel yang melibatkan pengguna di Semenanjung. Penyasaran bersubsidi diesel itu bagaimanapun tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak memandangkan bahan api itu digunakan untuk kenderaan hampir setiap keluarga di kedua-dua negeri berkenaan. Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak (termasuk) petani kecil, pesawah dan peniaga kecil.

Bantuan tunai diesel jadi nilai tambah, dorong golongan muda ceburi pertanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Oleh Rohaiza Ab. Rahman

KOTA BHARU: Bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bakal memberi nilai tambah kepada subsidi pertanian sedia ada. 

Pengerusi Persatuan Pesawah Kelantan (PESAK) Zuha Ismail berkata pengumuman itu memperlihatkan  kerajaan sentiasa cakna dan tidak mengetepikan kebajikan petani.

“Pertanian khususnya tanaman padi pekerjaan utama kebanyakan penduduk kampung di Kelantan untuk kelangsungan hidup…pemberian bantuan tunai diesel ini akan melengkapkan lagi bantuan sedia ada,” katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata kelebihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 7,000 penanam padi di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) membabitkan keluasan kira-kira 2,645 hektar di negeri ini.

Zuha berkata aktiviti pertanian melibatkan penggunaan diesel yang banyak bermula daripada proses semaian sehingga penjualan hasil padi dan sudah tentu bantuan berkenaan membantu mengurangkan kos perbelanjaan petani sekali gus meningkatkan pendapatan golongan itu.

“Akhir-akhir ini ramai anak muda menunjukkan minat dalam bidang pertanian selepas mendapati ia mampu menjana pendapatan lumayan jika diusahakan dengan cara dan teknologi yang betul.

“Langkah kerajaan terus cakna terhadap kebajikan petani akan mendorong lebih ramai golongan muda menceburi pekerjaan ini yang dilihat mempunyai prospek masa depan yang cerah,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) Laili Ismail berkata pengumuman mengenai subsidi diesel bersasar itu menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap rakyat.

“Buat masa sekarang pengusaha bas diberikan subsidi wajib untuk bekalan diesel iaitu setiap pengusaha bas ekspres diberikan subsidi sebanyak 2,880 liter diesel pada harga RM1.88 sen seliter setiap bulan membabitkan penjimatan lebih RM700.

“Dengan masih adanya subsidi untuk pengusaha bas, saya sebagai pengusaha bas ekspres masih mampu menawarkan harga tiket berpatutan kepada pengguna. Besar harapan kami agar subsidi diesel ini diteruskan sampai bila-bila,” katanya ketika dihubungi.

– Bernama

BERITA LAIN

Ibu Menteri Pendidikan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Mohd Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat