ARTIKEL

Banyak projek dilulus di Simunjan tapi belum dilaksana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Banyak projek pembangunan telah diluluskan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan namun menyedihkan, kebanyakannya belum lagi dimulakan.

ADUN Simunjan, Awla Dris berkata antaranya projek menahan hakisan di Tebingan Pekan Simunjan yang hingga kini belum ada khabar berita.

“Sehingga kami terpaksa menggunakan tapak yang sama selepas hakisan beberapa tahun lepas sebagai tapak regata Pesta Simunjan baru-baru ini,” katanya dalam ucapan perbahasan sempena persidangan DUN, hari ini.

Beliau berkata begitu juga dengan projek penahan hakisan di Kampung Sageng, apabila terdapat beberapa buah rumah hanya menunggu masa untuk jatuh ke sungai namun masih belum dipindahkan.

“Simunjan dan hakisan tebingan sungai berpisah tiada. Sebuah kampung hanya tinggal kenangan iaitu Kampung Lintang,” katanya.

Awla menambah, projek-projek lain seperti cadangan pembinaan jalan baharu di Pusat Pentadbiran Gunung Ngeli, Simunjan, projek mendalam sungai dan membina pintu air di Kampung Kelka, projek Medan Selera, industri kotej, pasar tamu dan kedai mini, Anjung Usahawan serta tangki aras tinggi di Taman Hijrah Simunjan.

“Isu ini menjadi perbualan masyarakat setempat di media sosial. Mereka menyalahkan kerajaan kerana melambatkan projek tersebut dan seolah-olah kerajaan berjanji kosong kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Awla berkata masalah sosial di Simunjan sejak kebelakangan ini semakin meningkat, antaranya kes kecurian kabel elektrik.

“Kabel yang menyambung bekalan elektrik lampu jalan di sepanjang Jalan Kampung Nanas dan Taman Botani Simunjan telah hilang akibat kecurian.

“Disebabkan perkara ini pihak Majlis Daerah Simunjan memerlukan kos yang tinggi untuk penyambungan semula bakel elektrik tersebut,” katanya.

Justeru, beliau memohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan remaja di kawasan Simunjan dan sering membuat rondaan di kawasan Pekan Simunjan dan kawasan kampung yang berdekatan.

LAIN-LAIN BERITA

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

BERITA TERBARU

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun