ARTIKEL

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bercakap pada sidang media Majlis Perasmian Pejabat Pakatan Harapan Putrajaya di Presint 11 di sini malam tadi. --fotoBERNAMA

Banyak usaha kerajaan perpaduan untuk bantu masyarakat India- Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata banyak usaha dilakukan Kerajaan Perpaduan untuk membantu masyarakat India, antaranya menaik taraf Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan menjaga kebajikan pelajar selain bantuan menerusi Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA).

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga ada yang bersetuju mengambil 1,000 pekerja dari komuniti India melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Katanya beliau bersetuju dengan kenyataan bekas ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang meminta pemimpin politik India menghentikan perbalahan dan memberi tumpuan selesaikan isu masyarakat ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

“Ketepikan titik bengik dan beza pandangan politik. Kerjasama untuk selesaikan masalah sebaik mungkin semua kaum dan agama, tapi sekiranya ada kumpulan tertinggal kita kena bekerja dengan keras,” katanya ketika ditemui media selepas perasmian Pejabat Pakatan Harapan (PH) malam tadi.

Fahmi berkata keputusan perdana menteri melantik P. Prabakaran sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA adalah untuk memberi nafas baharu dalam menyelesaikan masalah masyarakat India sekali gus memastikan nasib komuniti itu terbela.

Baca lain  Sejuta hikmah di sebalik musibah

Prabakaran pula ketika ditemui media pada majlis sama berkata RM30 juta yang diperuntukkan bagi program khas TVET Inisiatif Kemahiran India Malaysia (Malaysian Indians Skills Initiative – MISI) membuktikan Kerajaan Perpaduan tidak pernah mengabaikan masyarakat India.

Sementara itu merujuk kepada pembukaan pejabat PH di sini Fahmi berkata ia merupakan langkah PH untuk merampas kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Oleh itu, beliau berkata PH harus melipatgandakan usaha bukan sahaja mendampingi masyarakat setempat tetapi memahami liku-liku kehidupan dan membawa suara mereka ke peringkat lebih tinggi.

– BERNAMA 

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Pavilion Sarawak menyerlah di IMEX Frankfurt

KUCHING: Sarawak sekali lagi meningkatkan kedudukannya sebagai destinasi acara perniagaan utama di pameran perdagangan IMEX Frankfurt di Jerman, dengan melancarkan Pavilion Sarawak untuk tahun kedua

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim