ARTIKEL

Bapa cedera parah selamatkan anak dari mangsa culik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOHOR BAHRU: Seorang warga China berstatus penduduk tetap di Singapura cedera parah ketika menyelamatkan anak lelakinya daripada diculik sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta pada 12 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata kanak-kanak berusia tujuh tahun itu terselamat dalam kejadian yang berlaku di sekitar bandar raya ini, kira-kira 4.30 petang.

Beliau berkata suspek utama, seorang lelaki berusia 41 yang merupakan rakan kongsi kepada warga China itu, berjaya ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, 8 malam hari yang sama.

“Suspek utama adalah ahli rakan kongsi kepada bapa kanak-kanak itu dan dia merancang bersama tiga lagi suspek untuk menculik kanak-kanak berkenaan.

“Suspek utama merancang mahu melakukan pemerasan wang sebanyak RM300,000 daripada mangsa. Bagaimanapun, tiada sebarang wang tebusan diberikan kepada suspek kerana polis berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek utama pada hari kejadian,” katanya.

Suspek yang bekerja sebagai mekanik itu dituduh mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret, di sini pada Rabu.

Raub berkata pihaknya sedang mengesan tiga lagi suspek warga tempatan berusia dalam lingkungan 30an.

Sebelum ini, tular menerusi laporan portal mengenai kejadian culik melibatkan seorang warga Singapura yang mendakwa cedera termasuk kehilangan gigi, ketika menyelamatkan anak lelakinya daripada menjadi mangsa culik di daerah ini. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.