ARTIKEL

Bapa Dr Annuar Rapaee meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Bapa kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee, Rapaie Tarip, 94, meninggal dunia di Hospital Sibu pada 2.37 pagi tadi.

Berita kematian itu dikongsikan oleh Dr Annuar di laman Facebooknya hari ini.

“Perginya seorang ayah buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” menurut perkongsian itu.

Allahyarham, yang meninggalkan seorang balu, Fatimah Othman, lima anak lelaki dan seorang anak perempuan, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang hari ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Guru wanita maut, Hilux bertembung Axia

KOTA SAMARAHAN: Seorang guru wanita maut setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan pacuan 4×4 berdekatan Institut Memandu NB Motors Sdn Bhd di sini, tengah

Pertandingan fotografi, video pendek untuk belia

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Belia Antarabangsa Jalan Sutera Ketiga dan Pertandingan Video Pendek. Pengerusi penganjurnya pertandingan Kaunselor Michelle Law Wan

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,