ARTIKEL

Foto: Bernama

Bapa, dua anak lemas di Sungai Balak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang bapa dan dua anaknya lemas ketika beriadah di Sungai Balak, Batang Kali, Selangor hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mayat ketiga-tiga beranak itu ditemukan kira-kira 1.35 tengah hari tadi.

“Bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 1.09 tengah hari. Operasi mencari dan menyelamat membabitkan 12 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baharu selain dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

“Berdasarkan laporan awal, tiga mangsa itu terdiri daripada seorang lelaki (bapa), anak perempuan berusia sembilan tahun dan anak lelaki berusia enam tahun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kesemua mangsa ditemukan pada jarak kira-kira 30 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

Menurut Wan Md Razali kesemuanya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk tindakan lanjut.

– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri