Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Bapa maut, anak cedera dalam kemalangan di Jalan Mukah-Selangau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

H: Bapa maut, anak cedera dalam kemalangan di Jalan Mukah-Selangau

P1-P3: TERBABAS… Kereta yang dipandu mangsa ditemui di tepi jalan.

MUKAH: Seorang pembantu pergigian maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di kawasan Bukit Dinding, Jalan Mukah-Selangau, di sini, hari ini.

Mangsa, 43, maut akibat cedera parah di bahagian kepala dan patah tangan kiri, manakala kereta mengalami kerosakan bahagian hadapan.

TERBABAS… Kereta yang dipandu mangsa ditemui di tepi jalan.

Penumpang iaitu anak mangsa, 19, hanya mengalami kecederaan bengkak di tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Alza itu kira-kira jam 6.36 pagi.

TERBABAS… Kereta yang dipandu mangsa ditemui di tepi jalan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa bergerak dari arah Selangau menuju ke Mukah, ketika melalui selekoh hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Klinik Kesihatan Selangau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

TERBABAS… Kereta yang dipandu mangsa ditemui di tepi jalan.

Beliau turut mendedahkan keadaan jalan pada masa kejadian adalah basah, struktur jalan selekoh dan sistem jalan dua hala dengan garisan putih putus-putus pembahagi jalan.

Baca lain  SPRM bantu Kerajaan Sarawak bangunkan sistem isytihar harta

Sehubungan itu, kenderaan mangsa dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah untuk pemeriksaan Puspakom, manakala mayat mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Mukah.

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru