Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Bapa tunggal dipenjara, rogol anak kandung

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Bapa durjana: Tertuduh dibawa keluar oleh anggota polis menuju ke tempat tahanan sementara sebelum di bawa ke Penjara Puncak Borneo.

KUCHING: Bapa tunggal anak dua dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya hingga mengandung dan melahirkan anak, tiga tahun lalu.

Hakim Jason Juga menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh berusia 45 tahun selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 12 tahun di sebuah rumah di Batu Kawa, di sini, sekitar 1 Jun hingga 30 Jun 2019.

Bapa durjana: Tertuduh dibawa keluar oleh anggota polis menuju ke tempat tahanan sementara sebelum di bawa ke Penjara Puncak Borneo.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan tidak kurang daripada sepuluh sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini.

Sejak insiden terbabit, doktor mengesahkan bahawa tertuduh menderita sakit Fibromyalgia yang menyebabkan kecacatan kekal selain tertuduh tidak mampu bekerja untuk menampung keluarga.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana perlu mengambil kira trauma yang dialami mangsa yang masih kanak-kanak selain menjadi seorang ibu dalam usia yang terlalu muda.

Seramai lapan orang saksi telah dipangil daripada sebelah pihak pendakwaan bagi memberi keterangan kes, manakala hanya seorang saksi daripada pihak pembelaan.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News