Trending

Barang kemas dan wang tunai lesap, wanita ditipu ejen bantuan palsu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Alexson Naga Chabu

MIRI: Gara-gara teruja untuk mendapatkan bantuan kebajikan, seorang wanita warga emas berusia lingkungan 70 tahun akhirnya berputih mata setelah menjadi mangsa penipuan dua ejen bantuan palsu.

Bukan sahaja tidak dapat menikmati bantuan serta mendapat keuntungan daripada pelaburan yang dijanjikan, malah mangsa turut hilang barangan kemas bernilai RM10,000 dan sejumlah wang tunai.

Mengesahkan kes, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada anak mangsa yang memaklumkan bahawa kejadian bermula apabila ibunya berada bersendirian di rumah kediamannya di sini semalam.

Katanya, mangsa telah didatangi suspek iaitu dua orang lelaki yang tidak dikenali dan menawarkan bantuan kebajikan serta pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Beliau berkata, setelah mendengar tawaran daripada suspek, mangsa bersetuju dengan tawaran tersebut kemudian terus memberikan maklumat-maklumat seperti kad pengenalan dan kad bank.

Mangsa hanya menyedari dirinya telah diperdaya setelah dua orang suspek tersebut melarikan diri bersama-sama dengan wang tunai dan barang kemas milik mangsa selepas mangsa ke dapur sebentar.

Justeru itu, Alexson menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan mana-mana individu yang tidak dikenali yang menawarkan bantuan kebajikan ataupun pelaburan yang tidak sah serta menggesa orang ramai untuk segera menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan siber.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru