ARTIKEL

Pemain veteran Datus United dan SSC/MSN sempat merakam gambar sebelum bermula perlawanan.

Barisan pemain veteran Datus United, SSC/MSN sama handal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perlawanan persahabatan antara dua skuad veteran, Datus United, dengan SSC/MSN di Padang KPSU Sri Aman petang semalam berlangsung rancak.

Perlawanan tersebut, yang berkesudahan seri 3-3, adalah sebagai penyeri kepada Program Larian Baton sempena SUKMA XXI 2024 dan Para SUKMA XXI 2024 yang turut berlangsung sebelah pagi.

Skuad Datus United diterajui himpunan pemain berpengalaman, termasuk legenda tersohor, Abang Yahya Abang Sulaiman.

Skuad veteran SS/MSN diterajui bekas bintang sensasi Ibraco FC, Sabeli Abu Bakar, dan Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

“Kita ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan perlawanan persahabatan ini,” ujar Awang Putrayusrie kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya,
perlawanan persahabatan tersebut lebih kepada tujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemain kedua-dua pasukan.

“Apa yang pasti, perlawanan tersebut disifatkan pentas untuk pemain berstatus berumur terbabit bertemu rakan-rakan lama mereka.

“Selain itu, ia mempunyai signifikannya yang tersendiri kerana ia menjadi landasan untuk mengimbau kembali kelibat pemain kedua-dua pasukan terbabit,” jelas Awang Putrayusrie.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU