ARTIKEL

Barisan penerjun perlu terus gandakan usaha capai prestasi optimum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HANGZHOU: Selepas melakar pencapaian memberangsangkan di Sukan Asia Hangzhou 2022, skuad terjun negara perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi musim yang penuh mencabar tahun depan.

Pengurus skuad terjun ke Sukan Asia Hangzhou 2022 Datuk Leong Mun Yee menyifatkan 2024 sebagai musim yang sibuk kerana para penerjun harus bekerja keras bukan sahaja bagi meningkatkan prestasi, malah mengekalkan tahap terbaik masing-masing menjelang dua pertandingan terpenting.

Dua pertandingan itu adalah Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar pada Februari depan dan temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

“Dari segi acara 10 meter (m) platform lelaki, darjah kesukaran kena tambah dan juga (capai) konsistensi sebab sekarang untuk persembahan kena konsisten (dan) darjah kesukaran yang tinggi.

“Kalau wanita pula, kena konsisten sebab kita sudah ada darjah kesukaran…memang  penerjun kita kena bekerja keras untuk tahun depan, kerana laluannya agar mencabar,” katanya yang turut mengakui prestasi barisan penerjun Jepun dan Korea Selatan sudah meningkat, ketika ditemui di sini.

Kejohanan Akuatik Dunia tahun depan akan menawarkan tiket ke Paris 2024 dengan ketika ini hanya Bertrand Rhodict Lises merupakan satu-satunya penerjun negara yang sudah mengesahkan tempat di temasya sukan berprestij itu.

Bertrand Rhodict layak ke Paris 2024 selepas berjaya mara ke final acara 10m platform lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia tahun ini yang berlangsung di Fukuoka, Jepun, Julai lepas.

Atlet berusia 18 tahun itu yang merangkul gangsa dalam acara 10m platform seirama lelaki bergandingan dengan Enrique Maccartney Harold dan menduduki tempat keempat dalam 10m platform lelaki di sini, mengakui beliau sudah bersedia untuk meningkatkan darjah kesukaran terjunannya.

“Saya sudah bersedia sebelum datang ke sini, seperti semua maklum kami (skuad terjun) menjalani kem latihan di Sichuan, jadi di sana dah bersedia untuk belajar terjunan baharu cumanya tidak cukup masa untuk belajar dan mempraktikkan di sini,” katanya.

Pada Sukan Asia kali ini, kem terjun negara berjaya menyumbangkan satu perak menerusi acara 3m papan anjal seirama wanita dan empat gangsa masing-masing dalam acara 10m platform seirama wanita, 3m papan anjal seirama lelaki, 10m platform seirama lelaki dan 10m platform wanita.

Ia sekali gus memperbaiki pencapaian satu perak dan tiga gangsa yang diraih pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan