ARTIKEL

Hebahan mengenai acara CATS Day Out: New Year 2024 yang bakal diadakan hujung minggu ini.

Barisan penyanyi terkenal bakal meriahkan Cats Day Out pada Sabtu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Acara Cats Day Out: New Year 2024 bakal dimeriahkan dengan penampilan barisan penyanyi terkenal seperti Suffian Suhaimi, Marsha Milan, Nabila Razali dan kumpulan Insomniacks.

Selain persembahan daripada barisan artis tempatan termasuk Ila Damia, Daus Eli, Knowno, Fly High Band, Edruce Azman serta penampilan Istimewa daripada Adik Arfa.

Pengarah Urusannya Mohammad Iskandar Mohammad Nawawi berkata, acara tersebut bukan sekadar hiburan semata-mata, namun turut bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Kami sangat teruja untuk meluangkan masa bersama para pendengar dan penyokong dalam memulakan tahun ini dengan suasana positif.

“Namun, di sebalik acara yang menghiburkan ini, kami juga amat komited dalam melakukan kerja amal.

Antaranya menyerahkan sumbangan daripada Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor kepada anak-anak yatim dan keluarga yang kurang bernasib baik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Acara tersebut akan berlangsung pada 13 Januari ini di pusat beli-belah The Hills, bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

Pengunjung juga bakal dihiburkan oleh penyampai-penyampai Cats FM iaitu Ardin Belarek, Fir Affandi, Elya Nabila dari CATS AM Crew, trio Mia Manja, Nazreen Azahari dan Al Nazirul (Geng Petang CATS), serta Najiha dan Fred.

Acara turut dimeriahkan dengan gerai-gerai jualan barangan rasmi stesen radio itu, serta beberapa permainan pentas yang menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU