Bas tanpa penumpang hangus dalam perjalanan ke Kuching

SARATOK: Tidak sempat dibaiki sudah hangus di tengah jalan.

Itu senario yang dialami pemandu sebuah bas tanpa penumpang, Hamjah Suhaili, 59, apabila bas yang sepatutnya dihantar ke Kuching hari ini terbakar berhampiran SK Mendas dekat sini, kira-kira 9:34 pagi.

Hamjah seperti dipetik bomba dalam kenyataan memaklumkan, bas yang dipandunya ketika kejadian bergerak dari Sibu.

“Saya diarah ke Kuching untuk membawa bas tersebut bagi kerja-kerja pembaikan,” katanya.

Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan Mendas jelasnya, tercium bau asap lalu memberhentikan bas di bahu jalan dan mendapati berlaku kebakaran di bahagian belakang berhampiran tayar sebelah kanan.

Beliau kemudian berusaha memadam api menggunakan alat pemadam api, namun tidak berhasil.

ASAP TEBAL… Pasukan BBP Saratok sedang melakukan operasi pemadaman.
TERKAWAL… Api terkawal 10 minit selepas operasi memadam bermula.

Suara Sarawak