ARTIKEL

Michelle Lungan

Basah kuyup tapi seronok sertai perarakan – peserta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cuaca hujan diiringi kilat nyata tidak mematahkan semangat kontinjen Perarakan Gawai Dayak 2024 yang berlansung di Tebingan Kuching, di sini, hari ini.

Sebanyak 111 kontinjen dan seramai 3,070 peserta daripada pelbagai persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan mula berkumpul di Bangunan Tun Jugah, Jalan Tunku Abdul Rahman mengharungi panas terik pada 12 tengah hari, sebelum hujan lebat pada 3.15 petang.

Majlis bermula dengan upacara ‘Pisien’ oleh Temenggong Bidayuh Bahagian Kuching Atok Derop di Atrium Bangunan Tun Jugah.

Perarakan kemudiannya bermula pada 2.18 petang diketuai oleh Premier Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Patrick Insik Noel

Perarakan tersebut melalui Jalan Abell, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Main Bazaar dan berakhir di Jalan Gambier.

Bagi pesara polis, Patrick Insik Noel, 63, kontinjen Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pesara Polis Kontinjen Sarawak, beliau berasa gemuruh dan teruja dalam masa yang sama menyertai perarakan tersebut.

Namun katanya, perarakan yang menghimpunkan pelbagai kaum berbeza latar belakang tersebut mencerminkan perpaduan dan keharmonian di Sarawak.

Sementara itu, Michelle Lungan, 27, kontinjen Rurum Kelabit Sarawak berkata, perarakan ini amat menyeronokkan meskipun basah kuyup.

Melinda Peter

Bagi Melinda Peter, 24, kontinjen yang sama berkata, kontinjen mereka membuat persiapan selama dua minggu termasuk melengkapkan perhiasan pada pakaian tradisional.

Katanya lagi, meskipun berasa penat namun ia adalah pengalaman yang amat menyeronokkan bagi mereka.

Jason Fender Sigat Empari, 26, kontinjen  Kelab Anak Bukit Saban pula berkata, tidak kira panas atau hujan, kontinjen mereka amat gembira menyertai Perarakan Gawai Dayak 2024.

Perarakan Gawai Dayak 2024 menyaksikan Kelab Rekreasi Pengguna dan Pengurusan Dewan Serbaguna Kampung Tematu memenangi tempat pertama bagi kategori NGO, Persatuan Bidayuh.

Tempat kedua pula dimenangi Persatuan Pewaris Adat Asal Singai Bau dan tempat ketiga dimenangi Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Serapi.

Jason Fender Sigat Empari

Bagi kategori NGO, Persatuan Iban, tempat pertama dimenangi Raban Betong 2024 A, tempat kedua dimenangi Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) dan ketiga dimenangi oleh Kebudayaan Dayak Bumi Kenyalang

Kategori NGO, Persatuan Orang Ulu pula dimenangi oleh Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak, tempat kedua dimenangi Persatuan Kayan Sarawak Cawangan Kuching dan tempat ketiga dimenangi Persatuan Wanita Kayan Sarawak.

Bagi kategori Pelbagai/ Kementerian Jabatan/ Badan Berkanun/Swasta dan GLC, tempat pertama dimenangi Kelab Jabatan Pertanian Sarawak, tempat kedua dimenangi Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Sarawak 1 dan tempat ketiga dimenangi RRD Bujang Berani.

BERITA LAIN

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

BERITA TERBARU