ARTIKEL

Bask Bear Coffee buka cawangan ke-100

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Loob Holding Sdn Bhd, pemilik jenama Bask Bear Coffee, melancarkan kedai fizikal Bask Bear Coffee ke-100 di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif, Bryan Loo berkata syarikat itu menyasarkan untuk membuka 100 cawangan Bask Bear Coffee pada setiap tahun memandangkan mereka giat mengembangkan jenama itu secara aktif sejak 2021.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran itu, beliau berkata KLCC dipilih sebagai lokasi kedai ke-100 jenama itu kerana ia sesuai dengan konsep perintis syarikat untuk menggabungkan Bask Bear Coffee dan Tealive memandangkan kedua-dua jenama adalah milik syarikat yang sama.

Mengulas produk terbaharu rangkaian itu, Loo berkata Bask Bear Coffee memperkenalkan menu Double Perfection Tosties mulai Rabu sebagai respons kepada komen dan cadangan daripada pelanggannya.

Beliau berkata pada masa depan syarikat itu mempertimbangkan pengembangan jenama itu ke luar negara sebaik sahaja berjaya membuka sekurang-kurangnya 300 cawangan di Malaysia. – Bernama

BERITA LAIN

Jadikan Pesta Makanan Miri sebagai acara tahunan

MIRI: ADUN Senadin Datuk Seri Lee Kim Shin mencadangakan agar Pesta Makanan Miri 2024, dijadikan sebagai acara tahunan untuk mempamerkan kepelbagaian serta keunikan makanan tempatan.

BERITA TERBARU