ARTIKEL

Basmi COVID-19 guna drone

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa tempatan dicadangkan menggunakan drone bagi operasi disinfeksi COVID-19 khususnya di kawasan yang sukar dimasuki oleh petugas-petugas dan jentera pembersihan.

Menurut pengendali drone Mohd Faez Shahid, kebaikan penggunaan drone ialah ada kawasan-kawan tertentu yang tidak boleh dimasuki oleh petugas dan jentera seperti di lorong-lorong yang sempit dan di tempat-tempat tinggi, drone boleh mengambil alih tugas tersebut.

Keadaan bangunan seperti di sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai bangunan yang tinggi dan bertingkat-tingkat menyebabkan sukar kerja-kerja disinfeksi dilakukan dan ia memerlukan drone untuk memastikan lokasi tersebut di disinfeksi.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan demontrasi operasi disinfeksi penggunaan drone yang dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan di Kampung Bharu di sini, baru-baru ini.

Penggunaan Drone juga telah terbukti membantu negara-negara yang teruk dilanda virus COVID-19.

“ Di negara China khususnya di Wuhan mereka telah menggunakan teknologi ini untuk operasi disinfeksi  begitu juga negara Indonesia, Filipina, Perancis dan India,” kata Mohd Faez.

Menggunakan drone khas buatan tempatan dipanggil “Dronology Scarlet” berkapisiti tangki sebesar 16 liter dan mempunyai batang percikan selebar empat meter dan mempunyai lapan nozzle untuk menjalankan operasi cepat dan berkesan.

Drone ini boleh beroperasi 20 hingga 25 minit setiap penerbangan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU