ARTIKEL

Batik Air gantung operasi ke Istanbul mulai 1 Mei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Batik Air menggantung operasinya ke Istanbul, Turkiye berkuat kuasa 1 Mei 2024, dan penumpang yang terjejas dimaklumkan melalui e-mel serta teks, kata pengendali syarikat penerbangan itu, Malindo Airways Sdn Bhd.

“Keputusan ini dibuat sebagai tindak balas kepada situasi di Asia Barat baru-baru ini, yang memberi kesan ketara kepada laluan kami, membawa kepada sekatan operasi yang menjadikannya mencabar untuk meneruskan penerbangan ke rantau berkenaan.

“Oleh itu, Batik Air mengambil langkah sukar tetapi perlu bagi menggantung operasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SAW),” Malindo Airways memaklumkan dalam satu kenyataan semalam.

Malindo Airways menekankan bahawa keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal tetap menjadi keutamaannya dan keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti terhadap situasi semasa.

“Kami memahami kesulitan yang mungkin timbul disebabkan oleh penggantungan ini kepada penumpang kami yang dihargai dan kami memohon maaf yang amat sangat di atas sebarang gangguan yang mungkin berlaku kepada perjalanan mereka.

“Penumpang yang terjejas dimaklumkan melalui e-mel dan teks.

“Bagi mereka yang ingin meminta bayaran balik, layari laman ww.malindoair.com/Refund-Request,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA