Bawa bacaan sebenar meter untuk bil baharu

SIBU: Pengguna boleh tampil ke kaunter Jabatan Air Sibu di pusat transformasi bandar (UTC) dan membawa bacaan sebenar meter untuk pengeluaran bil baharu.

Jabatan Air Sibu dalam kenyataannya pada 18 Jun lalu berkata, pihaknya tidak dapat mengerahkan pembaca meternya untuk mengambil bacaan di lapangan ekoran sekatan yang dikenakan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) dari 18 Mac hingga 31 Mei.

Katanya, dalam tempoh itu, kesemua bil dianggarkan berdasarkan anggaran tiga bulan.

Tambahnya lagi, dengan anggaran tersebut, bil pelanggan mungkin lebih sedikit atau kurang seperti yang dianggarkan.

Justeru, Jabatan Air Sibu berkata, pengguna boleh tampil ke kaunter UTC dengan bacaan sebenar untuk mengeluarkan bil baharu.

“Sebarang pertanyaan mengenai bil, sila hubungi talian hotline kami 084- 216311 atau Telegram rasmi kami (013-8106311) untuk bantuan lanjut.

“Kami memohon pemahaman anda mengenai perkara ini. Segala kesulitan pengguna amat dikesali,” jelasnya