ARTIKEL

Bawa petarung Jojo, Kabilan ke gelanggang muay thai dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Atlet tinju remaja dari Sarawak Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo peroleh kemenangan ketiga dalam pertandingan ONE Championship di Thailand pertengahan Julai lepas.

Jojo, 16, menang dengan keputusan sebulat suara hakim, selepas mengharungi tiga pusingan menentang Samurai Seeopal, 18, dari Thailand.

Turut melakar kemenangan, rakan senegeri dan senegara Jojo, Kabilan Jelevan Thiagarajan, 23, setelah menewaskan Sulaiman Looksuan dari Myanmar, 14 Julai lepas.

Kabilan, keturunan India-Kayan, berjaya tampil pertama kali dan menakjubkan di ONE Championship, selepas menang menerusi technical knockout (TKO) kategori flyweight Muay Thai, di Stadium Boxing Lumpinee di Bangkok pada Jumaat malam, minggu lepas.

Kabilan membawa pulang RM45,817 (350,000 baht) sebagai bonus prestasi.

Kabilan memberitahu Bernama: “Semua atlet Muay Thai mengidam untuk bertarung di ONE Championship. Ini impian saya sejak saya mula berlatih pada usia 14 tahun.

“Saya bekerja keras mencapai impian ini. Saya menjalani latihan intensif hampir dua bulan sebelum penampilan sulung di One Championship ini.”

Menghimbau kemenangan bergaya dua remaja Sarawak ini yang mewakili Malaysia, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah percaya atlet negara ini, berpotensi dibawa ke peringkat dunia untuk menjuarai sukan muay thai.

Baca lain  Ulang Tahun Hari Keputeraan 17 September/ 1 Rabiulawal 1445H — Putera Mahkota Tengku Hassanal yang sudah dekat di hati rakyat Sarawak pada hari ini.

Karim menegaskan sedia memberi sokongan demi memastikan karier atlet muda terbabit lebih berkembang dari semasa ke semasa.

Berkaitan Jojo, bakat muda itu diberi perhatian sejak penyertaannya dalam Sukma tahun lalu.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

Tunku Abu Bakar optimis naik podium lagi

SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim optimis pasukannya Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR) mampu sekali lagi menaiki podium pada GT World Challenge Asia

BERITA TERBARU

Lebih ramai profesional perubatan diperlukan

KUCHING: Lebih ramai profesional dalam bidang perubatan diperlukan seiring dengan pemilihan Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh syarikat terkemuka, Roche Pharmaceuticals, sebagai tapak untuk ujian klinikal

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk