ARTIKEL

Bawa warga asing, lelaki tempatan dipenjara dua tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Migran: tertuduh (dua kiri) baju hitam dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

KUCHING: Padah mengangkut lima orang warga Indonesia yang diseludup masuk ke negara ini, seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai menjatuhkan hukuman terhadap Dominic Munkin, 41, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapannya.

Mahkamah memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 22 Januari 2022.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengangkut lima migran menggunakan sebuah kereta Proton Iswara semasa Sekatan Jalan Raya(SRJ) dijalankan di Kilometer 2, Jalan Entugam, Lubok Antu, kira-kira jam 8.05 malam, 22 Januari lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh dikenakan denda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruthra Raj manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Polis buru lelaki curi wang OKU

PADAWAN: Polis sedang memburu lelaki yang disyaki mengeluarkan sejumlah wang milik seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dari bank tanpa pengetahuan mangsa. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU