ARTIKEL

DR Sim (duduk, tiga kanan) ketika mengetuai upacara 'miring' pada majlis tersebut.

Bawang Assan perlukan pemimpin baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kawasan DUN Bawang Assan sentiasa mendapat perhatian daripada Kerajaan Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kawasan itu disifatkannya ‘sudah jauh ketinggalan’ daripada menikmati arus pembangunan yang sewajarnya.

DR Sim (tengah) bersama ahli parti lain semasa meraikan sambutan ulang tahun ke-65 SUPP pada majlis tersebut.

Rentetan itu, tegasnya, barubaru ini Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah meluluskan sejumlah peruntukan khas kepada kawasan itu bagi pengagihan projek transformasi luar bandar (RTP).

“Sebenarnya anda tidak ‘berkeseorangan’ kerana kami ada bersama anda.

Ini bukan untuk saya meraih undi, tetapi sebagai tanggungjawab kerajaan untuk membangunkan rakyat yang terabai.

“Kami tahu Bawang Assan sudah ketinggalan dan kini memerlukan seorang pemimpin baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-65 Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Majlis Mantar Gawai Dayak anjuran SUPP Cawangan Bawang Assan di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden I SUPP Datuk Seri Richard Riot Jaem, Naib Presiden SUPP Datuk Ding Kuong Hing, Ketua Pemuda SUPP Datuk Michael Tiang Ming Tee, Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan Senator Robert Lau Hui Yew dan pengerusi penganjur pengelola Kaunselor Kevin Lau Kor Jie.

Beliau menegaskan bahawa Bawang Assan amat memerlukan seorang pemimpin yang benar-benar setia terhadap parti khususnya dalam GPS (Gabungan Parti Sarawak).

Sambil menyebut nama Kaunselor Kevin sebagai individu yang tepat untuk memimpin Bawang Assan, Presiden SUPP itu berkata, parti sangat memerlukan orang yang setia.

“Kaunselor Kevin adalah orangnya, beliau sangat komited di Bawang Assan.

Beliau masih muda dan inilah pemimpin baharu yang kita mahukan.

“Apa yang penting, Bawang Assan memerlukan individu yang setia dalam parti, kita tidak mahu nanti jadi lawan, kemudian kawan balik dan lawan lagi, akhirnya rakyat kena tipu,” ujar beliau.

Dr Sim juga memberitahu bahawa parti juga telah melantik semula ahli parti di Bawang Assan sebagai Ahli Dewan Negara sebagai bukti kerajaan mengambil berat terhadap kawasan tersebut.

Bercakap mengenai SUPP, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak itu mengatakan bahawa parti akan terus berjuang untuk hak-hak Sarawak.

Jelasnya, sasaran mereka adalah untuk menuntut hak autonomi dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Kedua-dua bidang itu, ujarnya sangat penting untuk masa depan Sarawak.

Berhubung masalah tekanan air rendah yang sering berlaku di Bawang Assan, ADUN Batu Kawah itu berjanji akan membawa masalah tersebut kepada kementerian berkenaan untuk diselesaikan.

BERITA LAIN

Kapit berpotensi pengeluar utama koko

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Kapit mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai salah satu kawasan pengeluar utama koko di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Sarawak merambu numbuh kaunsil padi berau

BINTANGOR: Sarawak merambu numbuhka kaunsil padi berau kediri nentuka pemansang komoditit nya ulih dipejalai berurun agi. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah Sarawak, Datuk

Asil dagang nambah 23.8 peratus

BANDAR SERI BEGAWAN: Penyampau dagang entara Sarawak enggau Brunei Darussalam nambah 23.8 peratus, manggai RM3.76 bilion ba taun 2023. Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Awang