Trending

Bawang Assan terima Projek RTP bernilai RM3 juta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Meskipun kawasan pembangkang, Dun Bawang Assan diperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) pada tahun ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christopher Tegong berkata, peruntukan itu disalurkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas keprihatinannya terhadap keperluan rakyat di kawasan Dun Bawang Assan khususnya di luar bandar.

“Ini bagi kesejahteraan penduduk setempat serta menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka yang sebelum ini tidak mendapat perhatian oleh pihak berkenaan.

“Antaranya pembinaan benteng, naik taraf jalan, pembinaan kemudahan sukan dan sebagainya. “Ada antara projek tersebut sudah siap dilaksanakan dan sedang dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi pemberita baru-baru ini.

Terdahulu, Romeo yang juga Ketua Cawangan PBB N.53 Bawang Assan serta rombongannya dan pegawai pihak berkenaan meninjau beberapa projek RTP di kawasan DUN Bawang Assan kelmarin.

“Pada Selasa lalu, saya mengadakan lawatan serta meninjau terhadap beberapa tapak untuk pelaksanaan projek RTP di kawasan Dun N.53 Bawang Assan.

“Salah satunya ialah projek RTP membina benteng hakisan di Rumah Mary Geruna di Sungai Bidut di sini,” jelasnya. Menurut Romeo, projek benteng ini dibina di bawah projek program RTP, Kerajaan Sarawak dengan kos pembinaan sebanyak RM335,000.

“Agensi pelaksana bagi projek ini ialah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Sibu dan akan bermula pada Disember ini dan dijangka siap pada Mac 2021.

“Sebagai rakyat DUN Bawang Assan, saya mewakili semua penduduk memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan GPS kerana meluluskan peruntukan sejumlah RM3 juta untuk RTP bagi Dun Bawang Assan demi kesejahteraan rakyat.

“Saya akan pastikan bahawa projek di bawah RTP ini akan dilaksanakan dengan lancar demi keselesaan penduduknya,” tambahnya. Pada tinjauan dan pemantauan tersebut, Romeo turut menyerahkan tapak projek kepada JPS Sibu sebagai simbolik bermulanya projek pelaksanaannya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru