ARTIKEL

Bayaran balik pinjaman bantu usahawan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kutipan balik pinjaman daripada usahawan TEKUN Nasional membolehkan agensi itu membantu lebih ramai usahawan baharu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, sehingga 31 Oktober tahun ini, TEKUN Nasional meluluskan pembiayaan sebanyak RM922.6 juta kepada 42,383 usahawan.

Katanya, walaupun tahun ini TEKUN diperuntukkan sejumlah RM430 juta iaitu RM330 juta (Belanjawan 2023) dan RM100 juta (Program Mikro MADANI) bagi 2023, namun agensi itu berjaya memberikan pembiayaan sehingga RM922 juta, antaranya kerana hasil kutipan semula daripada usahawan yang membuat pinjaman daripada TEKUN.

“Ini bermakna, TEKUN Nasional berjaya memberikan pendidikan dan mengingatkan para peminjam untuk membayar balik pembiayaan mereka mengikut jadual yang ditetapkan, seterusnya membuka peluang kepada usahawan baharu membuat pinjaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas, Ermieyati Samsudin, pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat yang bertanya kejayaan Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU), Ewon berkata, ia mencapai matlamat berdasarkan kunjungannya ke premis usahawan OKU.

“Saya yakin melalui kunjungan kepada usahawan OKU, mereka mampu berjaya dan kejayaan itu sepatutnya menjadi inspirasi kepada komuniti OKU lain untuk mendapatkan perkhidmatan dan pembiayaan seumpama itu.

“TEKUN Nasional juga mempermudahkan proses permohonan selepas pandemik COVID-19 bagi menggalakkan lebih ramai usahawan mendapat manfaat daripada kesemua skim pembiayaan yang disediakan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Swift Haulage sasar sumbangan pergudangan naik 25 peratus

KLANG: Swift Haulage Bhd menyasarkan sumbangan daripada segmen perkhidmatan pergudangan dan depoh kontena naik 25 peratus berbanding 15 peratus pada masa ini. Ketika ini perkhidmatan pengangkutan kontena dan

Eksport orkid sumbang RM4 bilion setahun

HASIL eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar. Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta