ARTIKEL

Foto: Ghazali Bujang

Bayaran pinjaman di hujung jari untuk Sahabat AIM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyokong usaha kerajaan untuk memperkasakan kaedah pembayaran tanpa tunai dengan menyediakan kemudahan kepada peminjam atau Sahabat AIM.

Penolong Pengurus AIM Wilayah Sarawak, Abdul Hafiz Soni berkata, kutipan untuk pembayaran semula pinjaman secara mingguan sebelum ini adalah menerusi kaedah tunai yang dilaksanakan oleh Pegawai Amanah AIM atau digelar Cikgu.

Katanya, melihat kepada trend semasa dalam memperkasakan budaya tanpa tunai dalam kalangan masyarakat pihaknya menyambut baik budaya tersebut.

“Pada masa yang sama kami hendak mengurangkan pembayaran secara tunai kerana terdapat pelbagai risiko yang akan ditanggung khususnya kepada pegawai yang bertugas.

“Jadi, sahabat AIM boleh melakukan pembayaran melalui aplikasi Sistem Kutipan Mikro Kredit Tanpa Tunai (CMCCS) yang boleh dimuat turun di telefon pintar masing-masing,” katanya.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim