ARTIKEL

Bayi lelaki meninggal dunia di rumah pengasuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR : Bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika berada di rumah pengasuhnya di Taman Selayang Jaya, Batu Caves di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Selayang sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 11.53 pagi.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan pada 9 pagi tadi mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada masalah jantung sejak lahir atau Congenital Heart Disease.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan tidak sedarkan diri semasa dikejutkan daripada tidur ketika dijaga pengasuhnya yang berusia 47 tahun kira-kira 11 pagi semalam.

“Pengasuh itu kemudian menghubungi ibu bayi berkenaan untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Insp J. Winson Joseph menerusi talian 016-2335454 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262222.-BERNAMA

BERITA LAIN

Arab Saudi permudahkan urusan jemaah haji Malaysia

SEPANG: Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap kecekapan pengurusan operasi haji yang dikendalikan oleh Lembaga

Dedahkan pelajar hala tuju kerjaya, kenali potensi diri

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyasarkan sekurang-kurangnya 552 sekolah pelbagai aliran di seluruh negara menyertai MYFutureJobs Career Exploration Programme (CEP). Pengerusi Lembaga PERKESO Datuk

BERITA TERBARU

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Sarawak dulu sesingkang mantu rayat

BAU: Perintah Sarawak dipuji laban ngena chara go the extra mile tauka dulu sesingkang ba pengawa meri bantu ngagai rayat di menua tu. Sapit Menteri