ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Bayi maut, dipercayai dikelar ibu di Pasir Gudang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOHOR BAHRU, Johor: Ibu kepada bayi lelaki berusia setahun enam bulan, yang dipercayai maut akibat dikelar di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang di sini, telah ditahan reman selama tujuh hari.

Perintah tahanan reman hingga 23 Mac itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaili Sapun di Hospital Permai, Tampoi, di sini.

Ketua Polis Johor, CP M. Kumar, berkata dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam itu, wanita berusia 32 tahun berkenaan turut menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi WhatsApp.

“‘Sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat dan motif kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
“Orang ramai diharapkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes,” katanya dan menambah permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dilakukan hari ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU