ARTIKEL

Bayi maut lepas ibu tersalah masuk dalam oven

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

WASHINGTON: Bayi perempuan berusia sebulan maut selepas ibunya tersilap memasukkannya ke dalam oven.

Perbuatan tersebut didakwa membolehkan anaknya itu tidur sebentar.

Insiden tragis itu berlaku pada petang Jumaat lalu apabila pegawai polis di Missouri, bertindak balas terhadap laporan mengenai seorang bayi tidak bernafas, lapor Portal NDTV.

Bayi itu melecur teruk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika siasatan dilakukan, ibu bayi itu didapati secara tidak sengaja meletakkan bayi di dalam ketuhar untuk tidur sebentar, bukannya diletakkan di atas katil bayi.

Ibu bayi itu dikenali sebagai Mariah Thomas, 26, didakwa atas kesalahan membahayakan kebajikan seorang kanak-kanak.

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU