ARTIKEL

Bayi selamat, ibu maut dalam kemalangan meragut tiga nyawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Bayi perempuan berusia tiga tahun antara empat yang selamat dalam kemalangan yang meragut tiga nyawa termasuk ibunya selepas pikap yang dinaiki mereka terbabas berhampiran Rh. Nginbang Batu 72, Suai, Niah dekat sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan kira-kira jam 6.55 petang semalam dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah dan BBP Lopeng ke lokasi kejadian.

Katanya setiba di tempat kejadian mendapati sebuah pikap jenis Isuzu Dmax yang membawa tujuh orang penumpang itu terbabas ke bahu jalan.

“Dua orang mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan diserahkan kepada pasukan perubatan sebelum ketibaan pihak bomba.

“Pasukan bomba kemudian mengeluarkan empat orang mangsa yang berada di longkang dan seorang mangsa di kawasan semak dengan menggunakan pengusung dan dibawa ke tempat yang selamat,” katanya dalam kenyataan.

Menjelas lanjut, beliau berkata tiga orang mangsa iaitu Evelyn Shely Manyie, 26, Eddy Indau, 26, dan Jenging Tinsok, 39, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala mangsa yang cedera ialah Garry Galviston Mantau, 34, Evva Shakilla Bandai Evelyn Shely, 3, Kulam Letan, 26, dan Scrivia J. Sylvester, 39.

Katanya kesemua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis untuk tindakan lanjut.

Keadaan kenderaan yang dinaiki kesemua mangsa selepas terbabas berhampiran Rh. Nginbang Batu 72, Suai, Niah, Miri petang semalam.

KAPSYEN

Keadaan kenderaan yang dinaiki kesemua mangsa selepas terbabas berhampiran Rh. Nginbang Batu 72, Suai, Niah, Miri petang semalam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU