ARTIKEL

Dr Jerip memukul gong bagi menyempurnakan Majlis Penangguhan Gawai Bazaar 2024 MJC Batu Kawa New Township semalam. - Foto: UKAS

Bazaar Gawai Dayak 2024 MJC rekod hasil jualan RM2.003 Juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bazaar Gawai Dayak 2024 yang diadakan dari 16 hingga 26 Mei lepas merekodkan hasil jualan tertinggi sebanyak RM2.003 juta.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan), Datuk Dr Jerip Susil berkata, angka ini mengatasi jualan yang dicatatkan di Bazaar Gawai 2023.

“Syabas kepada usahawan kita dan Jabatan Pertanian Sarawak selaku jawatankuasa yang mengurus gerai-gerai jualan.

“Sesungguhnya, Bazaar Gawai Dayak ini telah dianjurkan dengan begitu baik sekali sejak 10 hari lepas.

“Saya juga berharap agar penganjuran Gawai Bazaar pada tahun 2025 akan lebih besar dan meriah lagi mengatasi rekod pengunjung Bazaar di MJC tahun ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguhan Gawai Bazaar 2024 MJC Batu Kawa New Township semalam.

Dr Jerip juga mendedahkan bahawa Bazaar Gawai Dayak 2025 akan dihoskan oleh masyarakat Orang Ulu.

Sebanyak 180 gerai di bawah kluster keusahawanan menjual makanan dan minuman, kraf tangan, barang kemas serta aksesori seperti manik dan lain-lain selain menyediakan perkhidmatan termasuk jahitan.

Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek Sarawak, Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datuk Buckland Bangik, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin, dan Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Datuk Ik Pahon Joyik.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU