ARTIKEL

Datuk Amar Michael Manyin Jawong (dua kiri) memimpin barisan kepimpinan Dayak untuk mengucapkan selamat dengan minuman perayaan pada Perasmian Bazar Gawai Dayak 2024 semalam. - Foto: Ghazali Bujang

Bazar Gawai Dayak turut tekankan aspek kelestarian budaya dalam kalangan belia, penggiat seni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penganjuran Bazaar Gawai Dayak turut memberi penekanan kepada aspek kelestarian budaya dalam kalangan komuniti anak muda dan penggiat seni.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, berkata pengisian bazar itu memberi peluang kepada penggiat seni tempatan untuk menampilkan bakat mereka.

“Selain itu, ia dapat menampilkan bakat-bakat baharu serta memberi pengiktirafan kepada penggiat seni yang berkelayakan.

“Bak kata pepatah, budaya mencerminkan bangsa. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya.

“Budaya itu sendiri haruslah dikekalkan kerana budaya mencerminkan identiti bangsa”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bazar Gawai Dayak di pekarangan MJC, malam tadi.

Tambahnya, amatlah penting warisan seni budaya dikekalkan bagi mengekalkan identiti bangsa Dayak Sarawak.

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa bazar tersebut merupakan aktiviti temasya yang menjurus kepada pengembangan dan rangsangan kegiatan ekonomi penduduk setempat.

” Saya menyeru kepada para peniaga agar menggunakan peluang di bazar ini untuk berniaga serta mempromosikan produk jualan dan perkhidmatan.

“Justeru, gunakanlah bazar ini sebagai platform untuk bertemu dan bertukar pendapat dengan rakan usahawan bagi mengembangkan prospek perniagaan,” katanya lagi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Datuk Henry Harry Jinep, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU