Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Bazar Lama Kuching modal tarik pelancong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
KUCHING: Bazar Lama Kuching mampu menjadi saingan destinasi pelancongan dunia pada masa akan datang, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. Beliau berkata, satu hari nanti Bazar Lama Kuching dapat bersaing dengan Chinatown Singapura, Georgetown Pulau Pinang dan Jonker Walk Melaka.”Saya percaya apabila pelancong kembali selepas pandemik Covid-19, Bazar Lama Kuching berbeza dan mempunyai cerita yang menyeronokkan untuk dikongsi sekembalinya pelancong ke negara mereka.

“Bazar Lama Kuching akan terus segar menjadi produk pelancongan di bandar raya ini menerusi pelancaran projek Program Pemetaan Kebudayaan dan Promosi Pelancongan Bazar Lama Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bazar Lama Kuching di Lebuh Carpenter di sini, semalam. Abdul Karim berkata, sebuah buku sejarah dikeluarkan bagi melengkapkan projek Program Pemetaan Budaya Bazar Lama Kuching.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mac 2021 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru