ARTIKEL

PEMBERIAN... Alexander menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima di Bazar Ramadan Kapit Town Square.

Bazar Ramadan melambangkan perpaduan masyarakat Kapit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KAPIT: Bazar Ramadan Kapit Town Square menjadi salah satu lambang perpaduan masyarakat di Kapit khususnya dan Sarawak amnya.

Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata suasana Bazar Ramadan tersebut lazimnya meriah dikunjungi masyarakat pelbagai kaum yang turut sama membeli juadah berbuka puasa yang enak.

“Beginilah Sarawak yang kami sayangi sejak dulu hingga kini, sentiasa harmoni,” katanya yang turut meluangkan masa beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung bazar tersebut.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri program Jerayawara Bubur Lambuk Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Pelagus di bazar berkenaan.

HARMONI… Alexander (kiri) menyantuni peniaga di Bazar Ramadan Kapit Town Square.

Selain Kapit Town Square, Bazar Ramadan seumpamanya turut diadakan di 16 lokasi lain di sekitar Kapit.

Pada program berkenaan, Alexander turut menyampaikan sijil penghargaan kepada peniaga Bazar Ramadan Kapit selain mengagihkan sumbangan berupa beras dan barang keperluan dapur kepada penduduk sekitar Kapit yang memerlukan.

Beliau turut meluangkan masa mengagihkan 200 bubur lambuk, yang dimasak secara gotong royong oleh SABERKAS Pelagus, kepada peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Kapit Town Square sebelum menyertai penduduk setempat berbuka puasa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU